Panduan Pengurusan Perubahan Maklumat SSM
Dikenali sebagai: SSM Change Info, Tukar Info SSM, Perubahan SSM, Perubahan Alamat Perniagaan SSM, ubah maklumat SSM, tambah cawangan SSM.
Ubah Maklumat SSM
Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan:
- Ubah Alamat Perniagaan
- Pilih jenis perubahan maklumat SSM atau ubah alamat perniagaan yang anda ingin lakukan, termasuk alamat syarikat, alamat surat-menyurat, atau maklumat lain yang berkaitan.
- Isikan ruang yang disediakan dengan maklumat alamat baru atau terkini. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan benar.
- Setelah maklumat dikemaskini, semak semula dan pastikan semuanya betul sebelum menghantar permohonan.
- Staf bertugas akan memeriksa permohonan anda. Proses ini mungkin memakan masa 1 hingga 2 hari atau lebih, bergantung kepada jenis perubahan. Kami akan menghubungi anda sekiranya terdapat sebarang isu atau keperluan maklumat tambahan.
- Perubahan Jenis Perniagaan
- Pilih jenis perniagaan baru yang ingin didaftarkan untuk syarikat anda. Pastikan pilihan anda sesuai dengan aktiviti perniagaan syarikat.
- Kemaskini maklumat berkaitan seperti maklumat pemilik, alamat perniagaan, dan lain-lain.
- Semak maklumat yang dikemaskini dan pastikan ia tepat sebelum memproses permohonan. Permohonan akan diproses sehingga mendapat kelulusan.
- Ubah Maklumat Cawangan
- Pilih untuk menambah atau memadam cawangan SSM dan kemaskini maklumat yang berkaitan.
- Isikan maklumat cawangan yang baru atau terkini dengan tepat dan benar.
- Semak semula maklumat yang dikemaskini untuk memastikan ketepatannya.
- Ubah Maklumat Pemilik atau Rakan Kongsi
- Pilih maklumat pemilik atau rakan kongsi yang ingin dikemaskini, termasuk alamat mereka.
- Isikan maklumat baru atau terkini dengan betul.
- Semak maklumat yang dikemaskini untuk memastikan ketepatannya.
Pendaftaran Perniagaan Baru
- Jika anda mendaftar perniagaan SSM untuk pertama kali, staf bertugas akan mendaftarkan akaun EzBiz jika anda belum mempunyai akaun tersebut. Dokumen seperti gambar kad pengenalan depan dan belakang.
- Selepas verifikasi, proses pendaftaran akan memakan masa 2-3 hari bekerja. Staf mungkin akan menghubungi anda jika perlu penjelasan lanjut atau perubahan maklumat.
- Sijil SSM yang diluluskan akan dihantar melalui emel dan whatsapp dalam format PDF.
Pendaftaran Perniagaan SSM Sebelumnya
- Jika anda pernah mendaftar sebelum ini, semak emel inbox untuk mendapatkan username dan password sementara dari sistem SSM.
- Berikan maklumat tersebut kepada staf bertugas untuk meneruskan proses pendaftaran.
- Proses pendaftaran akan memakan masa 2-5 hari bekerja. Staf mungkin akan menghubungi anda jika perlu penjelasan lanjut atau perubahan maklumat.
- Sijil SSM yang diluluskan akan dihantar melalui emel dalam format PDF.
Nota: Proses ini hanya untuk Perniagaan Tunggal dan Perkongsian sahaja. Syarikat SDN BHD, PLT, LLP, Klinik, Syarikat Guaman, serta negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh menggunakan borang ini.
Pentadbiran SSM dalam talian mungkin berubah dari masa ke semasa. Rujuk panduan dan arahan terkini di laman web SSM. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan melalui WhatsApp di talian 011-19525295 atau buat permohonan di laman web kami. Staf bertugas akan menghubungi anda pada hari yang sama permohonan dibuat. Terima kasih.


